Skip to main content

To: YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia

'Lindungi Kami, Putuskan Rantaian Penularan COVID-19!'

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-Malaysia Labour Centre) (UNI-MLC) meminta YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia untuk mengambil langkah segera agar krisis COVID-19 terkawal.

Perdana Menteri perlu komited untuk:

• Mengutamakan vaksinasi kepada semua pekerja barisan hadapan;
• Menyampaikan hasil ujian ‘swab test’ bagi COVID-19 dalam masa 24 jam hingga 48 jam, menurunkan kos atau menetapkan harga siling yang berpatutan bagi ujian saringan COVID-19; dan
• Mengkaji semula sistem pemerolehan bekalan vaksin COVID-19 agar kuasa monopoli tidak hanya diberikan kepada syarikat tunggal iaitu Pharmaniaga Bhd dan membuka tender kepada syarikat lain yang berminat.

Why is this important?

Mengapa ini penting?

Penyebaran COVID-19 telah menyebabkan gangguan besar bagi pekerja dan ekonomi di Malaysia. Ramai di antara rakyat telah kehilangan pekerjaan dan tidak dapat menyara keluarga mereka. Malah sebilangan daripada mereka kehilangan insan tersayang. Penderitaan rakyat semakin mendalam setiap hari dengan menularnya wabak ini.

Baru-baru ini kita telah melihat varian yang berbeza dan lebih berbahaya yang sangat merunsingkan kita semua. Kemudahan hospital masih berada pada tahap kritikal di mana kebanyakan hospital tidak dapat menampung jumlah pesakit positif dan orang ramai tidak mendapat rawatan yang secukupnya.

Bagi mengakhiri penderitaan ini, kita seharusnya mengutamakan vaksinasi dan ujian “swab test” COVID-19 tepat pada masanya bagi pekerja barisan hadapan dalam memastikan kelancaran ekonomi Malaysia berterusan. Tinjauan di beberapa klinik dan makmal swasta mendapati bahawa bayaran yang dikenakan juga tidak seragam untuk proses ujian saringan yang sama. Menurunkan kos atau menetapkan harga siling yang berpatutan untuk ujian saringan akan membolehkan lebih ramai orang ke institusi kesihatan swasta untuk ujian saringan, dan dengan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh institusi kesihatan awam.

Sebagai tambahan, dasar monopoli yang diberikan ke atas syarikat Pharmaniaga Bhd. perlu diteliti semula bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pemerolehan bekalan vaksin hendaklah diperluas kepada lebih banyak syarikat agar proses vaksinasi dapat dipercepatkan.

Kita harus mengawal wabak ini secepat mungkin.

Malaysia

Maps © Stamen; Data © OSM and contributors, ODbL


Reasons for signing

  • #kitajagakita
  • Support for the good health
  • Bekalan vaksin hendaklah diperluas kepada lebih banyak syarikat agar proses vaksinasi dapat dipercepatkan.

Updates

2021-07-07 22:30:43 +1000

1,000 signatures reached

2021-06-23 18:45:34 +1000

500 signatures reached

2021-06-22 16:09:01 +1000

100 signatures reached

2021-06-22 15:22:46 +1000

50 signatures reached

2021-06-22 14:31:30 +1000

25 signatures reached

2021-06-22 14:06:41 +1000

10 signatures reached